Wednesday 15 March 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 DAERAH PEKAN BIL. 1/2017

Mesyuarat Jawatankuasa LINUS2.0 Daerah Pekan Bil. 1/2017 telah dihadiri oleh ahli yang terdiri daripada KPPD, TPPD, KU Akademik, Pegawai-pegawai, Pengerusi Kelompok dan Pengerusi Panitia Daerah.  

Pengerusi Mesyuarat Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus, SMP











Friday 10 March 2017

PERJUMPAAN FASILINUS BERSAMA KPPD BIL 2/2017

Perjumpaan FasiLINUS Bersama KPPD Bil 2/2017 telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Rujhan bin Zakaria.  Perbincangan melibatkan pelaporan aktiviti LINUS2.0 dan rumusan pelaporan bimbingan LINUS bagi bulan Februari 2017.  Semua pegawai FasiLINUS telah membentangkan rumusan tersebut.  
Pengerusi Ketua Unit Akademik Tn Hj Rujhan bin Zakaria

Thursday 2 March 2017

TAKLIMAT SARINGAN LINUS2.0

Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Saringan 1, 2017 telah dilaksanakan mengikut kelompok.  Pada 1 Mac 2017 - Kelompok Bandar  dan Kelompok Pantai di PKG Pekan
Kelompok Paloh Hinai di SKK SK Bandar 2, Paloh Hinai.
Pada 2 Mac 2017 - Kelompok Peramu di SKK SK Pekan Jaya

Monday 6 February 2017

BENGKEL PENGOPERASIAN LINUS2.0

Bengkel Pengoperasian LINUS2.0 Daerah Pekan telah dilaksanakan di Dewan Seminar, PPD Pekan.  Fokus bengkel ini adalah untuk membantu 48 Penyelaras LINUS2.0 dari 48 buah sekolah rendah di Daerah Pekan memantapkan proses pelaksanaan LINUS2.0 di sekolah.  Kami amat berbesar hati kerana bengkel ini turut dihadiri oleh Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Pegawai Pendidikan Daerah Pekan; En Nordin bin Jais, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan; Tuan Haji Rahim bin Musthaffa, SIP+ dan Ketua Unit Pengurusan Akademik, Tuan Haji Rujhan bin Zakaria.  Antara perkara yang telah dibentangkan termasuk Pelaporan Dapatan Audit LINUS2.0, Program-program LINUS2.0 bagi bulan Februari 2017, Program Sifar LINUS Impian Kita (SLIK) dan juga maklumat-maklumat terkini berkaitan LINUS2.0.













Thursday 26 January 2017

PERJUMPAAN FASILINUS BIL 2/2017

Perjumpaan FasiLINUS Bil 2/2017 telah dilaksanakan di War Room, PPD Pekan. Perbincangan ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Tuan Haji Rujhan bin Zakaria.  Antara perkara yang telah dibincangkan termasuk Pelaporan Dapatan Audit LINUS2.0, Program-program LINUS2.0 bagi bulan Februari 2017, Program Sifar LINUS Impian Kita (SLIK) dan juga maklumat-maklumat terkini berkaitan LINUS2.0.




AUDIT LINUS2.0 - SK MAMBANG

Pada 24 Januari 2017, Audit LINUS2.0 telah dilaksanakan di SK Mambang.  SK Mambang mempunyai murid yang terdiri dari pelajar melayu dan pelajar orang asli.  Tahniah di atas pengurusan Fail LINUS2.0 yang baik dan Terima Kasih kerana sudi menerima kehadiran kami.

Gambar bersama guru besar Encik Sohaimi bin Abdullah dan pentadbir

Pegawai FasiLINUS Daerah Pekan

Perbincangan Pegawai FasiLINUS bersama Guru Pemulihan Khas
Encik Ahmad Farmizan bin Mohamad

Semakan borang BPPI dan Instrumen bertulis murid oleh
Pegawai FasiLINUS

Perbincangan di antara Pegawai FasiLINUS
Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 bersama guru besar

AUDIT LINUS2.0 - SK PERMATANG KELEDANG

Pada 18 Januari 2017, seramai 4 orang Pegawai FasiLINUS telah ke SK Permatang Keledang bagi pelaksanaan Audit LINUS2.0.  Sekolah ini merupakan salah satu sekolah orang asli di Daerah pekan. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana pengurusan LINUS2.0 yang baik dan terima kasih di atas komitmen diberikan!!!

Semakan oleh Puan Zabidah binti Mat Zanggi dan
Puan Intan Khairani binti Ismail

Semakan Instrumen dan borang BPPI oleh Pegawai FasiLINUS
Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 oleh Pegawai FasiLINUS
kepada pentadbir sekolah

Pentadbir sekolah membuat semakan dapatan Audit LINUS2.0

Gambar kenang-kenangan Pegawai FasiLINUS bersama pentadbir sekolah

Tuesday 17 January 2017

AUDIT LINUS2.0 - SK TASIK CINI

Destinasi Audit LINUS2.0 berikutnya adalah SK Tasik Cini.  SK Tasik Cini merupakan di antara Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di Daerah Pekan.  Ia adalah sekolah orang asli yang mempunyai  bilangan murid di bawah 100 orang.  Pegawai FasiLINUS yang terlibat pada hari ini adalah seramai 5 orang.  Terima Kasih dan Tahniah di atas komitmen semua pentadbir dan guru SKK SK Tasik Cini!!!


Pegawai FasiLINUS bersama pentadbir sekolah
Audit LINUS2.0 telah dilaksanakan di bilik komputer


Puan Nurul Khairani binti Nashruddin membuat semakan
 Instrumen dan BPPI Numerasi

Puan Intan Khairani binti Ismail sedang membuat semakan
Instrumen dan borang BPPI LBI

Semakan Instrumen LBI bertulis murid oleh
Puan Nor Haslinda binti Dato' Haji Burhanuddin

Puan Rozita binti Buang sedang menulis dapatan keseluruhan
Audit LINUS2.0
Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 kepada GPK HEM
Encik Abdul Murad bin Awang
Pegawai FasiLINUS bergambar di bawah pokok Markisa