Monday 6 February 2017

BENGKEL PENGOPERASIAN LINUS2.0

Bengkel Pengoperasian LINUS2.0 Daerah Pekan telah dilaksanakan di Dewan Seminar, PPD Pekan.  Fokus bengkel ini adalah untuk membantu 48 Penyelaras LINUS2.0 dari 48 buah sekolah rendah di Daerah Pekan memantapkan proses pelaksanaan LINUS2.0 di sekolah.  Kami amat berbesar hati kerana bengkel ini turut dihadiri oleh Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Pegawai Pendidikan Daerah Pekan; En Nordin bin Jais, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan; Tuan Haji Rahim bin Musthaffa, SIP+ dan Ketua Unit Pengurusan Akademik, Tuan Haji Rujhan bin Zakaria.  Antara perkara yang telah dibentangkan termasuk Pelaporan Dapatan Audit LINUS2.0, Program-program LINUS2.0 bagi bulan Februari 2017, Program Sifar LINUS Impian Kita (SLIK) dan juga maklumat-maklumat terkini berkaitan LINUS2.0.